Saturday, December 17, 2011

Video Hudud Versi Pembangkang

Walaupun agak terlambat (aku busy gila babas dua-tiga hari ni) post aku hari ni masih pasal hudud, kalau dulu aku post video pasal hudud versi Umno, hari ni aku post pasal hudud versi pembangkang. Korang nilaikan sendiri, tengok pelakon-pelakonnya (aku pasti mereka bukan setakan berlakon)


Apa yang aku suka pasal video ni adalah penerangan secara ringkas dan bersahaja tentang hudud yang rata-rata dikalangan kita memang tak tahu (tapi kebanyakannya berlagak bodoh-sombong, berlagak tahu) dan pelakon-pelakon adalah dikalangan bijak pandai agama yang menuntut dari pelbagai ceruk dunia tentang selok belok agama (bukan pak cik-kakak-adik kedai kopi ok)

Lagi satu aku suka MESTILAH PASAL LAGU TEMA, DENDANG ANAK JALANAN DARI M.NASIR (aku peminat kipas susah mati beliau) untuk ke sekian kalinya aku jatuh cinta kat Abang Nasir!

Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Sila gunakan akal dan akidah anda untuk menilai kebenaran ini.
-Siapa kita untuk menidakkannya?

No comments:

Post a Comment