Saturday, December 10, 2011

Tertekan Saman Parking RM850?

Kes berlaku di Johor Bahru apabila seorang peniaga mendakwa dirinya mangsa songlap(sila tengok movie Songlap nanti)apabila dikenakan saman letak kereta berjumlah RM850 bagi kesalahan yang dilakukan di laluan di pusat bandar raya tersebut pada Mei lepas.

 Peniaga tersebut sedar selepas check dekat My-Eg services. Tergezut beruk dibuatnya beliau apabila dirujuk ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan mendapat jawapan ianya hanya bertujuan tak lain dan tidak bukan bagi mendidik pengguna jalan raya.

 Apa yang menjadi ketidakpuasanhati tahap dewa beliau adalah, 3 saman parking tersebut tidak pernah diterima secara rasmi oleh beliau(biasa saman parking polis selit dekat viper ye tak?),dan kerana itu beliau lewat membayar saman,dari jumlah RM400 saje meningkat kepada RM850 termasuk denda.

Kesian...cadangan aku, bagi la diskaun pak polisi. u all kan handsome =)
-aku tension, dah banyak kali chenta hati aku kena paw dengan seragam biru!

No comments:

Post a Comment