Friday, December 16, 2011

Mahkamah 9 Januari vs Mahkamah Akhirat

9 Januari 2012 bakal menjadi penentu takdir perjalanan hidup bagi seorang insan yang bernama Anwar bin Ibrahim ini. Ketepikan status Dato' Seri yang dipegang beliau kerana segalanya bagai tiada memberi apa-apa keistimeawaan kepada insan terkenal ini. (Hakikat sebenar, Allah jua tidak memandang pangkat donia yang kamu pegang ok! fair wut?)



Penyokong-penyokong kuat Anwar ketika ini sibuk berdoa dan berharap agar Anwar dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, mungkin kerana mereka cukup-cukup mengenali Anwar secara rapat.

Berbeza dengan musuh-musuh Anwar yang beduyun-duyun ramainya, dah tentu-tentu mereka tidak sabar menantikan kejatuhan Anwar. Dengan jatuhnya Anwar bermakna patahlah sebelah sayap Parti Pakatan Rakyat dan mudah benarlah untuk menggoyahkan hati pengikut-pengikutnya (benarkah)

Ramai yang bertanya pada aku (termasuklah en. polis pegawai penyiasat yang menyiasat kes fitnah aku) samada ADAKAH AKU PERCAYA ANWAR MELIWAT SAIFUL? Secara jujur aku dan telus aku nak katakan, aku bukanlah orang yang kenal rapat dengan Anwar atau rapat dengan keluarga Anwar, jadi aku tak kenal siapa Anwar. Aku juga tidak nampak dengan mata kepala aku sendiri yang Anwar meliwat Saiful (kalau tak dah lama kaya aku, mana boleh tolak beb duit kat bank juta juta juta, hehehe) Oleh sebab aku tak nampak samada Anwar buat atau tidak, aku tak berani nak mengatakan percaya.

Dalam pada masa yang sama, aku juga tahu bahawa Anwar adalah manusia biasa, bukan nabi yang maksum, kemungkinan untuk Anwar berbuat mungkar, maksiat tetap ada, Oleh itu, untuk mengatakan Anwar tidak meliwat juga aku tak berani.

Tapi aku yakin dan pasti Allah itu Maha Melihat, Maha Adil. Hanya Allah, Anwar dan Saiful yang tahu adakah benar Anwar bersalah atau tidak. Bukan menidakkan sistem keadilan Malaysia ni, cuma sistem yang tidak berteraskan hukum tuhan memang aku ragui keadilannya (sorry lah ye)

Apapun keputusan 9 Januari nanti bukanlah pengakhiran bagi seorang yang bernama Anwar hakikatnya. Dua perkara ini mesti kita ingat, andainya Anwar disahkan TIDAK BERSALAH, padahal dia bersalah tetapi menang kes kerana kehebatan peguam-peguamnya, ada Mahkamah Allah yang bakal menghakiminya di akhirat sana,jangan risau Saiful, Allah itu Maha Adil.

Andainya Anwar disabitkan sebagai BERSALAH, tetapi beliau tidak bersalah pada hakikatnya, jangan kau bersedih Anwar, Azizah, Izah, mereka-mereka yang memfitnah dan berusaha berhabis-habisan itu akan kembali untuk dihadapkan di Mahkamah terakhir nanti. Disana tiada lagi keraguan, keadilan pasti tertegak akhirnya.

-Hidup bukan untuk selama-lamanya.
-Jangan sekali-kali kita lupa, DOSA MEMFITNAH LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH(tiada   kaitan dengan artikel di atas)


No comments:

Post a Comment