Saturday, December 17, 2011

Impian Anak Jalanan (M.Nasir)

Lagu ni sangat besar makna bagi yang tahu mengerti dan menghargai SENI TEMPATAN (singapore pun singapore lah, singapore pun ada melayu apa?)


M.Nasir memang kita tahu, selalu mencipta lagu-lagu berjiwa rakyat beserta lirik-lirik yang kuat. Semenjak bergerak bersama Kembara sehinggalah sekarang, secara solo. Lagu-lagu beliau selalu segar bagi manusia-manusia berjiwa macam aku.

-Ahhh...tenang rasanya. (tak sabar tunggu konsert Abang Nasir hujung tahun depan, lambatnya)

Video Hudud Versi Pembangkang

Walaupun agak terlambat (aku busy gila babas dua-tiga hari ni) post aku hari ni masih pasal hudud, kalau dulu aku post video pasal hudud versi Umno, hari ni aku post pasal hudud versi pembangkang. Korang nilaikan sendiri, tengok pelakon-pelakonnya (aku pasti mereka bukan setakan berlakon)


Apa yang aku suka pasal video ni adalah penerangan secara ringkas dan bersahaja tentang hudud yang rata-rata dikalangan kita memang tak tahu (tapi kebanyakannya berlagak bodoh-sombong, berlagak tahu) dan pelakon-pelakon adalah dikalangan bijak pandai agama yang menuntut dari pelbagai ceruk dunia tentang selok belok agama (bukan pak cik-kakak-adik kedai kopi ok)

Lagi satu aku suka MESTILAH PASAL LAGU TEMA, DENDANG ANAK JALANAN DARI M.NASIR (aku peminat kipas susah mati beliau) untuk ke sekian kalinya aku jatuh cinta kat Abang Nasir!

Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Sila gunakan akal dan akidah anda untuk menilai kebenaran ini.
-Siapa kita untuk menidakkannya?

Friday, December 16, 2011

They Dont Care About Us

Sempena keadilan di negara tercintaku yang akhir-akhir ini selalu sangat aku dengar tak sesempurna hukum tuhan (mana nak sama ye tak, nama pun hukum tuhan. sebab tu orang kata follow je Al-Quran tu, jangan sibuk-sibuk create hukum baru!)...

...Aku dengan ininya sebagai peminat kipas susah mati Michael Jackson atau Mikail yang aku yakin keislamannya ingin melampirkan beberapa baris lirik lagu They Dont Care About Us yang menjadi kontroversi di US satu ketika dahulu, sebab pemimpin-pemimpin mereka kecik hati dengan lirik lagu ni.

Umum memang dah tahu Michael Jackson adalah salah seorang manusia terkenal atas muka bumi ni yang menjadi mangsa tujahan media hipokrit lagi tamak serta kehakiman bangsat mereka. So aku harap sesangat Malaysia yang aku cinta ni tak sebangsat negara mereka ya..



Skin head, dead head
Everybody gone bad
Trepidation, speculation
Everybody allegation
In the suite, on the news
Everybody dog food
Black male, black mail
Throw your brother in jail


All I wanna say is that
They don't really care about us!

All I wanna say is that
They don't really care about us!



Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of being the victim of hate
You're raping me off my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy
Set me free

Tell me what has become to my rights?
Am I invisible because you ignore me?
Your proclamation promised me free liberty, now
I'm tired of being the victim of shame
They're throwing me in a class with a bad name
I can't believe this is the land from which I came
You know I do really hate to say it
The government don't wanna see
But if Roosevelt was livin'
He wouldn't let this be, No! No!

Some things in life they just don't wanna see
But if Martin Luther was livin'
He wouldn't let this be, No! No!

All I wanna say is that
They don't really care about us!

All I wanna say is that
They don't really care about us!

-Takkan ada pak-pak menteri yang nak kecik hati kot..jangan jadi macam US ye..
dorang suka kecik-kecik hati, tak bagus!










Mahkamah 9 Januari vs Mahkamah Akhirat

9 Januari 2012 bakal menjadi penentu takdir perjalanan hidup bagi seorang insan yang bernama Anwar bin Ibrahim ini. Ketepikan status Dato' Seri yang dipegang beliau kerana segalanya bagai tiada memberi apa-apa keistimeawaan kepada insan terkenal ini. (Hakikat sebenar, Allah jua tidak memandang pangkat donia yang kamu pegang ok! fair wut?)



Penyokong-penyokong kuat Anwar ketika ini sibuk berdoa dan berharap agar Anwar dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, mungkin kerana mereka cukup-cukup mengenali Anwar secara rapat.

Berbeza dengan musuh-musuh Anwar yang beduyun-duyun ramainya, dah tentu-tentu mereka tidak sabar menantikan kejatuhan Anwar. Dengan jatuhnya Anwar bermakna patahlah sebelah sayap Parti Pakatan Rakyat dan mudah benarlah untuk menggoyahkan hati pengikut-pengikutnya (benarkah)

Ramai yang bertanya pada aku (termasuklah en. polis pegawai penyiasat yang menyiasat kes fitnah aku) samada ADAKAH AKU PERCAYA ANWAR MELIWAT SAIFUL? Secara jujur aku dan telus aku nak katakan, aku bukanlah orang yang kenal rapat dengan Anwar atau rapat dengan keluarga Anwar, jadi aku tak kenal siapa Anwar. Aku juga tidak nampak dengan mata kepala aku sendiri yang Anwar meliwat Saiful (kalau tak dah lama kaya aku, mana boleh tolak beb duit kat bank juta juta juta, hehehe) Oleh sebab aku tak nampak samada Anwar buat atau tidak, aku tak berani nak mengatakan percaya.

Dalam pada masa yang sama, aku juga tahu bahawa Anwar adalah manusia biasa, bukan nabi yang maksum, kemungkinan untuk Anwar berbuat mungkar, maksiat tetap ada, Oleh itu, untuk mengatakan Anwar tidak meliwat juga aku tak berani.

Tapi aku yakin dan pasti Allah itu Maha Melihat, Maha Adil. Hanya Allah, Anwar dan Saiful yang tahu adakah benar Anwar bersalah atau tidak. Bukan menidakkan sistem keadilan Malaysia ni, cuma sistem yang tidak berteraskan hukum tuhan memang aku ragui keadilannya (sorry lah ye)

Apapun keputusan 9 Januari nanti bukanlah pengakhiran bagi seorang yang bernama Anwar hakikatnya. Dua perkara ini mesti kita ingat, andainya Anwar disahkan TIDAK BERSALAH, padahal dia bersalah tetapi menang kes kerana kehebatan peguam-peguamnya, ada Mahkamah Allah yang bakal menghakiminya di akhirat sana,jangan risau Saiful, Allah itu Maha Adil.

Andainya Anwar disabitkan sebagai BERSALAH, tetapi beliau tidak bersalah pada hakikatnya, jangan kau bersedih Anwar, Azizah, Izah, mereka-mereka yang memfitnah dan berusaha berhabis-habisan itu akan kembali untuk dihadapkan di Mahkamah terakhir nanti. Disana tiada lagi keraguan, keadilan pasti tertegak akhirnya.

-Hidup bukan untuk selama-lamanya.
-Jangan sekali-kali kita lupa, DOSA MEMFITNAH LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH(tiada   kaitan dengan artikel di atas)


Saturday, December 10, 2011

Video Hudud Pas?

Aku dapat Link ni dari kawan-kawan Mukabuku aku. Detik aku menatap video ni hati aku terdetik, siapakah pelakon-pelakon ni? Sumpah tak kenal mak cakap, tapi lakonan mereka Mantopp! Side mana korang? Ada akal+agama (jangan asing dua benda ni ya) korang decide la sendiri.



- Aku tak religious, tapi aku takut nak terima watak dalam video ni. Sadis, aku memang Pengecut!

Kucing berjari 26

Di sebuah tempat di US, seekor kucing comel ditemui memiliki 26 jari kerana pengaruh genetik yang dikenali polydactylism  . Kejadian pelik ini telah membantu satu badan kebajikan kucing-kucing tidak bertuan  Milwaukee Animal Rescue Center  bagi mengumpul dana untuk membina satu lagi pusat baru untuk menempatkan kucing-kucing terbiar.

Daniel, nama kucing berwarna oren-putih ini memberi kelebihan dari segi kutipan derma kerana cara mereka mengutip derma adalah dengan mengira jumlah jari kucing iaitu $1/jari. so kalau kucing biasa ada 18 jari =$18, Daniel berjaya mengumpul $26..Wow! Yay! oleh kerana Daniel femes, maka ramailah peminat-peminat beliau menderma. $26 x penduduk berhati perut US =???

Setakat ini mereka berjaya mengumpul dana berjumlah $80,000 dan berharap jumlah tersebut terus meningkat sekurang-kurangnya $120,000 pada Disember nanti. Aku doakan mereka berjaya =)




Tengok, Daniel pun semakin happy dan gomok semenjak bergelar celeb. Long Live Daniel!!!

-Aku addict binatang berbulu!

Tertekan Saman Parking RM850?

Kes berlaku di Johor Bahru apabila seorang peniaga mendakwa dirinya mangsa songlap(sila tengok movie Songlap nanti)apabila dikenakan saman letak kereta berjumlah RM850 bagi kesalahan yang dilakukan di laluan di pusat bandar raya tersebut pada Mei lepas.

 Peniaga tersebut sedar selepas check dekat My-Eg services. Tergezut beruk dibuatnya beliau apabila dirujuk ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan mendapat jawapan ianya hanya bertujuan tak lain dan tidak bukan bagi mendidik pengguna jalan raya.

 Apa yang menjadi ketidakpuasanhati tahap dewa beliau adalah, 3 saman parking tersebut tidak pernah diterima secara rasmi oleh beliau(biasa saman parking polis selit dekat viper ye tak?),dan kerana itu beliau lewat membayar saman,dari jumlah RM400 saje meningkat kepada RM850 termasuk denda.

Kesian...cadangan aku, bagi la diskaun pak polisi. u all kan handsome =)
-aku tension, dah banyak kali chenta hati aku kena paw dengan seragam biru!