Saturday, December 10, 2011

Kucing berjari 26

Di sebuah tempat di US, seekor kucing comel ditemui memiliki 26 jari kerana pengaruh genetik yang dikenali polydactylism  . Kejadian pelik ini telah membantu satu badan kebajikan kucing-kucing tidak bertuan  Milwaukee Animal Rescue Center  bagi mengumpul dana untuk membina satu lagi pusat baru untuk menempatkan kucing-kucing terbiar.

Daniel, nama kucing berwarna oren-putih ini memberi kelebihan dari segi kutipan derma kerana cara mereka mengutip derma adalah dengan mengira jumlah jari kucing iaitu $1/jari. so kalau kucing biasa ada 18 jari =$18, Daniel berjaya mengumpul $26..Wow! Yay! oleh kerana Daniel femes, maka ramailah peminat-peminat beliau menderma. $26 x penduduk berhati perut US =???

Setakat ini mereka berjaya mengumpul dana berjumlah $80,000 dan berharap jumlah tersebut terus meningkat sekurang-kurangnya $120,000 pada Disember nanti. Aku doakan mereka berjaya =)




Tengok, Daniel pun semakin happy dan gomok semenjak bergelar celeb. Long Live Daniel!!!

-Aku addict binatang berbulu!

No comments:

Post a Comment